fbpx

Pelajar universiti di Beijing lakukan protes kerana tertekan dikurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita duduk di atas skuter di hadapan kampus Wanliu, Universiti Peking di Beijing, kelmarin. - AFP

BEIJING – Beratus-ratus pelajar dari sebuah universiti elit di Beijing mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah sekatan tegas Covid-19 di kampus dengan kemarahan yang semakin memuncak ekoran kawalan ketat bagi mengawal penularan virus itu.

China adalah satu-satunya negara yang mematuhi dasar sifar Covid-19, dan kawalan yang dilakukan telah menyebabkan ketegangan akibat sekatan pergerakan, kemudahan kuarantin dan penguatkuasaan yang tegas.

Disebabkan itu, kemarahan telah memuncak di Universiti Peking selepas pihak pentadbiran dikatakan cuba mengenakan sekatan pergerakan baharu yang ketat termasuk larangan penghantaran makanan.

Pelajar juga dikurung untuk berada di satu bahagian kampus sahaja, dilarang menerima pelawat serta perlu menjalani ujian saringan pada setiap hari.

Sekurang-kurangnya 300 pelajar berkumpul di luar sebuah asrama di kampus Wanliu universiti itu serta melaungkan bantahan pada Ahad lalu.

Tempat tinggal pensyarah dipisahkan oleh pagar, namun kemudiannya dirobohkan oleh pelajar yang melakukan protes.

Rakaman video menunjukkan beratus-ratus pelajar memakai pelitup muka berkumpul di luar kampus, melaungkan protes dan membelasah seorang pegawai universiti.

“Semua pelajar benar-benar marah apabila kampus itu ‘dipagar’ pada waktu malam, lalu mereka melakukan protes. Sekatan itu telah memusnahkan kehidupan normal semua orang,” kata seorang pelajar.

Timbalan Pengetua Universiti Peking, Chen Baojian kemudian mengarahkan pelajar yang memprotes untuk kembali ke asrama dengan cara yang teratur.

Selepas mereka bersurai, pegawai univerisiti akhirnya bersetuju untuk memudahkan pelajar keluar dari kampus Wanliu ke bahagian lain universiti selain menyediakan penghantaran barangan runcit. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI