fbpx

Park Boeun masih minum susu bayi pada usia 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK BOEUN

PELIK tapi benar. Penyanyi Park Boeun tak semena-mena menerima kecaman selepas mendedahkan masih mengambil minuman susu formula bayi walaupun sudah berusia 14 tahun.

Ketika muncul dalam program The Manager, Boem menjelaskan pengambilan susu formula dibuat untuk menambah ketinggian.

Dalam program tersebut, Boeun dan anggota kumpulannya, CLASS:y turut berkongsi tentang persiapan debut selepas tamatnya program yang disertai mereka, My Teen Girl. Dedah CLASS:y juga, mereka terpaksa melakukan rutin diet yang ketat dengan cara mengambil multivitamin kanak-kanak.

Selepas episod tersebut ditayangkan, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak setuju dengan diet mereka kerana beranggapan amalan pemakanam CLASS:y tidak betul dan kedengaran menakutkan.

“Susu formula padat dengan kalori. Apa yang mereka fikir?” kata seorang netizen.

“Saya tahu dia masih remaja tapi dia bukannya bayi,” ujar seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI