SELEPAS dibebaskan dari pusat pemulihan dadah pada 29 Mac lalu, pasangan terkenal Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie telah terbang ke Amerika Syarikat (AS) bersama anak-anak untuk bercuti.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram milik seorang keluarga mereka, Nia dilihat begitu menikmati percutiannya dengan menganjurkan parti kolam renang (pool party) di sebuah pusat peranginan di Las Vegas.
Penampilan pelakon filem Suster Ngesot itu menarik perhatian ramai apabila tampil berani dengan memakai pakaian renang, bikini ketika berpesta.
Perkongsian terkini Nia dan suaminya selepas 10 bulan ditahan atas kesalahan dadah itu menuai pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata bersyukur dengan pembebasan pasangan itu.
“Selamat menikmati kehidupan semula Nia dan suami,” kata seorang netizen.
Ada juga netizen menyebut Nia dan Ardie merupakan pasangan yang baik dan wajar diberi peluang kedua untuk menjalani kehidupan lebih sempurna.