fbpx

Lelaki tersilap terima wang RM1.56 juta dihabiskan berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut mengaku tidak dapat memulangkan wang tersebut yang telah dipindahkan tanpa sengaja oleh pihak berkuasa bandar Abu. – Getty Images

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun mengaku membelanjakan wang berjumlah 46.3 juta yen (RM1.56 juta) untuk berjudi selepas tersilap menerima duit itu daripada dana bantuan Covid-19 pihak berkuasa di bandar tempat dia tinggal, lapor akhbar Japan Today.

Suspek berusia 24 tahun itu dilaporkan berkemungkinan tidak dapat memulangkan wang tersebut yang dipindahkan tanpa sengaja oleh pihak berkuasa bandar Abu di wilayah Yamaguchi. 

Peguam mewakili  lelaki itu berkata, anak guamnya memindahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya dengan menggunakan telefon bimbit sebelum menggunakannya untuk berjudi secara online.

Minggu lalu, pihak berkuasa bandar Abu menyaman suspek sebanyak 51 juta yen (RM1.73 juta) untuk dia memulangkan semula wang tersebut termasuk yuran guaman.

Menurutnya, suspek enggan memulangkan wang itu dan mengaku telah memindahkannya daripada  akaun miliknya. Dia sebaliknya akan bertaubat daripada dosa yang dilakukan.

Dalam kejadian pada 6 April lalu, seorang pegawai tempatan melaksanakan prosedur untuk memindahkan wang bantuan Covid-19 berjumlah 100,000 yen (RM3,401) kepada 463 isi rumah berpendapatan rendah di bandar itu.

Dia secara tidak sengaja telah memindahkan semua wang tersebut yang sepatutnya dibuat kepada sebuah institusi kewangan ke dalam akaun suspek. Nama suspek berada di kedudukan paling atas senarai pemindahan tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI