fbpx

Lebih 100,000 individu hilang tanpa jejak di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 100,023 individu telah hilang di Mexico sejak 1964 hingga kini. – Anadolu Agency

BANDAR RAYA MEXICO –  Data yang dikeluarkan  Pejabat Pendaftaran Kebangsaan bagi Orang Hilang di  Kementerian Dalam Negeri mendedahkan bahawa lebih 100,000 individu telah dilaporkan hilang atau tidak dapat dikesan di Mexico.

Menurut stesen penyiaran CNN, sejak 1964 hingga sekarang, seramai 100,023 individu telah dilaporkan hilang di Mexico, dengan lebih 24,700 daripada mereka adalah wanita dan lebih 74,700 terdiri daripada lelaki.

Seramai 516 lagi tidak dapat dikenal pasti jantina mereka.

Angka itu dilaporkan meningkat lebih 20,000 orang bagi tempoh dua tahun lepas sahaja, sekali gus mencetuskan kemarahan dan desakan agar kerajaan Mexico melaksanakan sistem mencari dan menyelamat yang lebih baik.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia,  Michelle Bachelet, hanya 35 kes individu hilang itu berjaya membawa kepada penahanan suspek.

“Usaha berterusan perlu dilakukan bagi menamatkan pencabulan hak asasi manusia dan untuk membela hak mangsa, keadilan, penambahbaikan serta jaminan agar ia tidak berulang,” kata Bachelet. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI