fbpx

Laporan kimia belum peroleh, 22 Jun ini sebutan kes dadah Yasin Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah baharu Yasin diiringi anggota polis ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini.

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 22 Jun ini bagi sebutan semula kes penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berhubung pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja).

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan pihak pendakwaan masih belum memperolehi laporan kimia.

Dalam prosiding hari ini peguam Ariff Azami Hussien kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan yang singkat bagi laporan kimia itu namun terpulang kepada budi bicara mahkamah.

Terdahulu semasa prosiding peguam itu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penjara kerana telah memberi rawatan kepada Yasin.

“Rawatan itu telah diuruskan pihak penjara dan semalam tertuduh (Yasin) telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” kata peguam itu.

Pada 31 Mac lalu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman ,47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, pelantun lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mengedar dadah, pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pada 25 Mac lalu Kosmo! Online melaporkan polis menahan penyanyi nasyid kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini.

Penahanan dibuat terhadap suspek yang berusia 47 tahun pukul 5.30 petang itu selepas bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.

Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.

Pada masa sama, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.

Suspek mempunyai sejarah terlibat penagihan dadah lebih kurang 10 tahun dan menanam pokok ganja selama dua bulan.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI