fbpx

Isu data bocor: Hamzah sah bukan daripada JPN, akan panggil pihak terbabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kanan) beramah mesra bersama kakitangan KDN pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa kebocoran data peribadi yang melibatkan 22 juta individu didapati bukan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan bahawa, data tersebut kemungkinan besar dikumpul daripada pelbagai sumber agensi tertentu sebelum dijual balik kepada awam.

“Kita ada membuat siasatan terperinci namun pihak kementerian juga ada mekanisme tersendiri bagi membuktikan data itu sebenarnya bukan daripada JPN,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau meraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sambutan Majlis Aidilfitri kementerian tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI