fbpx

Hujan lebat, ribut petir di empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka melanda sekitar negeri Pahang, Selangor, Johor dan Sabah sehingga pukul 5 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk tersebut diramal berlaku di Rompin, Pahang.

Selain itu, hanya satu daerah di Selangor bakal mengalami hujan lebat petang ini iaitu Klang.

Sementara itu, bagi negeri Johor pula, ia melibatkan daerah Segamat, manakala hampir keseluruhan negeri Sabah bakal menerima taburan hujan dalam tempoh yang sama.

“Antara kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan yang terlibat sebagai langkah berjaga-jaga penduduk setempat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI