fbpx

DJ Lin bawa input persidangan kukuhkan Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Lin kini berada di Sweden bagi menghadiri Persidangan Radio Eropah 2022 hingga 24 Mei nanti.

PETALING JAYA – Segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi pada Persidangan Radio Eropah 2022 di Malmo Massan, Sweden akan diaplikasikan bagi mengukuhkan kedudukan stesen Suria FM.

Itu janji yang dibuat DJ Lin yang mengakui teruja dalam menimba pelbagai ilmu daripada pencinta radio dan mereka yang aktif dalam bidang tersebut dari serata pelosok dunia.

“Segala info, ilmu dan pengalaman yang diperolehi menerusi tiga hari persidangan ini akan saya gunakan sebaiknya dalam usaha memantapkan lagi stesen radio Suria FM dari semasa ke semasa.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai Persidangan Radio di luar negara sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam industri radio di Malaysia,” katanya.

Tambah DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM, antara fokus utama dalam persidangan tersebut ialah perkembangan radio digital serta usaha menarik golongan muda untuk mendengar radio.

Ujarnya, pelbagai pengisian dalam bentuk bual bicara serta perkongsian pengalaman berkenaan isu berkaitan dunia radio dikupas selain kebangkitan drama audio serta podcast turut menjadi topik yang diberikan perhatian dalam persidangan berkenaan.

“Jujurnya saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyertai Persidangan Radio Eropah 2022 di Makmo Sweden ini.

“Ini merupakan satu peluang keemasan dan saya rasa sangat teruja terpilih untuk menyertainya. Selain dapat menimba ilmu serta pengalaman baru berkenaan perkembangan dunia radio pada masa kini, kita juga didedahkan tentang masa depan dunia radio itu sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, ibu tunggal kepada dua cahaya mata kelahiran Johor Bahru, Johor ini turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang melawat empat buah negara iaitu Denmark, Sweden, Britain dan Perancis selama 10 hari.

“Saya hanya pernah ke luar negara bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010 dan 2012. Selepas itu dah tiada nak kemana-mana sebab sibuk dengan kerja.

“Tak sangka pula dah 23 tahun dalam dunia radio, saya dapat pergi empat negara dalam satu masa. Ini betul-betul rezeki terpijak orang kata,” katanya.

Sekadar info, DJ Lin akan berada selama 10 hari di luar negara termasuk Sweeden, Denmark, London dan Paris serta dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 Mei nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI