PELAKON dan juga penyanyi cantik Marshanda tetap berasa bahagia walaupun sering berdepan ejekan netizen kononnya sudah semakin gemuk. Dia bersyukur kerana masih lagi dibanjiri tawaran berlakon dan persembahan pentas.
Ujar selebriti berusia 32 tahun itu, gara-gara bentuk tubuhnya yang semakin berisi juga dia telah ditawarkan banyak pekerjaan termasuk menjadi jurucakap kepada sebuah kempen yang diberi nama My Bodybits Perfect and I Love It.
“Saya telah mempersiapkan mental apabila membuat keputusan untuk memuat naik sekeping foto keadaan bentuk badan saya terkini. Ternyata saya telah diejek netizen kerana kelihatan sangat gemuk.
“Tapi kerana bentuk badan ini, saya telah dihujani pelbagai pekerjaan,” ujarnya.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, selain dilantik menjadi jurucakap, dia juga ditawarkan watak dalam sebuah filem dan tidak dibenarkan untuk menurunkan berat badannya.
“Saya dilarang untuk diet,” katanya.