fbpx

Beri sokongan, lawat setiap minggu dipenjara – Zain Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zain (kanan) ketika hadir di mahkamah di sini hari ini.

PETALING JAYA – Abang Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman, 50,  memaklumkan ahli keluarganya sentiasa memberi sokongan berterusan dan sentiasa melawat Yasin di Penjara Sungai Buloh pada setiap minggu.

Zain berkata sebagai seorang abang,  dia dan ahli keluarganya kita tidak mahu Yasin patah semangat selain memastikan selebriti itu makan ubat secara konsisten.

“Anak-anak dia juga berada dalam keadaan baik dan Yasin juga akan menghubungi mereka seminggu sekali,” katanya.

Ujar Zain, selain ahli keluarga turut melawat pelantun lagu Mimpi Laila itu dipenjara ialah saudara-mara dan rakan-rakannya.

Ditanya adakah Yasin ada mengadu apa-apa masalah sepanjang berada di penjara, Zain berkata Yasin tidak pernah mengadu sebarang perkara yang tidak baik.

“Yasin bukan orang sebegitu (suka mengadu)..dia dia tidak renyah walaupun susah pun tidak akan mengadu kalau boleh nak selesaikan masalah sendiri tanpa orang lain risau pasal dia,” katanya lagi.

Sementara itu Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir dalam prosiding hari ini berkata beliau sudah berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperhalusi cadangan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

“Perdana Menteri ada membangkitkan isu ini dalam (mesyuarat) Kabinet dan saya dengar ada respons sangat positif. Ada timbalan menteri memaklumkan bahawa Kabinet secara prinsip sudah meluluskannya dan akan ada wakil Kabinet yang uruskan.

“Saya memang sebaik mungkin akan membantu dalam isu ini supaya dilihat daripada sudut data dan sains,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI