fbpx

Bandar di Perancis benarkan pemakaian burkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketegangan mengenai isu burkini bukan sesuatu yang luar biasa di Grenoble, di mana protes mengenai isu itu mula tercetus pada 2018. – Arab News

GRENOBLE, PERANCIS – Wanita Islam di Grenoble, Perancis, kini dibenarkan memakai burkini atau pakaian renang Muslimah di kolam-kolam renang bandar itu selepas mendapat kelulusan majlis perbandarannya, lapor agensi berita United Press International semalam.

Dalam sesi undian dengan keputusan 27-2 selepas berdebat selama 2 jam 30 minit, ahli-ahli majlis perbandaran Grenoble bersetuju untuk membuat perubahan dalam peraturan pakaian renang di bandar itu.

Ia sejajar dengan matlamat Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle yang mahu melaksanakan peraturan renang yang lebih permisif.

“Kami berhasrat untuk menghapuskan sekatan yang tidak masuk akal. Ini termasuk terhadap larangan mendedahkan  payudara dan pakaian renang yang memberi perlindungan tambahan daripada matahari atau berkaitan kepercayaan.

“Ia bukan mengenai menyokong atau menentang pemakaian burkini secara khusus,” kata Piolle sebelum undian tersebut dilakukan.

Sebelum peraturan tersebut diubah, ketegangan mengenai isu burkini bukan sesuatu yang luar biasa di Grenoble, di mana protes mengenai isu itu mula tercetus pada 2018.

Burkini sering menjadi isu panas di Perancis, dengan pemakaiannya dianggap meningkatkan kebimbangan mengenai unsur-unsur Islam. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI