PETALING JAYA – Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sekali lagi diganggu lelaki gila seks apabila menerima kiriman berupa teks berbaur lucah yang mengajaknya untuk melakukan hubungan intim.
Shima ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia sering kali menerima mesej dan gangguan sedemikian, cuma bezanya kali ini mesej tersebut diterima daripada pelajar sekolah.
“Saya pun tak tahu kenapa sering jadi mangsa lelaki gila seks sebegitu.
“Kali ini diganggu pelajar sekolah pula. Dia ingat kita ini apa? Simbol seks? Awak masih bersekolah, masa depan pun tak nampak lagi.
“Nak sangat terkenal kan? Nak sangat jumpa kan? Sekarang awak dah terkenal. Silakan,” katanya.
Tambah Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang kini berada di Jakarta, Indonesia, akaun Instagram milik remaja tersebut kini sudah tidak dapat diakses selepas dia berkongsi dalam media sosialnya.
Terdahulu, Shima berkongsi paparan skrin dalam dan foto milik lelaki itu dalam Instagramnya memaparkan kiriman teks berbaur lucah yang tidak habis-habis mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.
“Tolong hisapkan dia,” tulis Shima ringkas dalam Instagram tanda berang.
Sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Pura-Pura Bujang itu memberitahu kerap diganggu lelaki tidak dikenali yang mengirim pelbagai imej dan video lucah dalam Instagram miliknya. – KOSMO! ONLINE