fbpx

APMM dijangka terima OPV dan 9 bot pemintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Lizan (tengah) menyaksikan serah tongkat kuasa antara Mohammad Rosli (kanan) dan Siva ( kiri) hari ini. -Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjangkakan menerima sekurang-kurangnya sebuah kapal peronda luar pesisir (OPV) pada hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim, syarikat yang menjadi pembekal tersebut telah lewat memberikan kapal itu kepada pihaknya.

“Kita jangkakan akan menerima tiga OPR selewat-lewatnya tahun depan dengan salah satunya pada hujung tahun ini.

“Perkara kelewatan ini telah mendapat perhatian Kementerian Kewangan, dan mereka sedang mengambi tindakan sewajarnya,” katanya di sini.

Terdahulu, beliau menyaksikan serah terima Pengarah Maritim Selangor antara Kepten Mohammed Rosli Kassin kepada Kepten Siva Kumar Vengadalasam.

Menurut Saiful Lizan, pihaknya turut menjangkakan menerima sembilan buah bot jenis ‘fast interceptor’.

Jelasnya, menerusi penerimaan menjadikan sebanyak 30 buah bot jenis sama seperti yang dirancang sebelum ini.

“Bagaimanapun, penerimaan kesemua aset ini tidak mencukupi bagi pengoperasian Maritim Malaysia bagi tempoh jangka panjang.

“Setelah selesai kesemua penerimaan bot ini, barulah kita boleh merangka pelan jangka panjang, iaitu apa jenis aset yang perlu ditambah, penambahbaikan yang perlu dibuat dan sebagainya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI