fbpx

Yujeong diugut bunuh, digelar babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUJEONG

POPULARITI tidak hanya menuai pujian. Situasi itulah yang berlaku terhadap anggota kumpulan Brave Girls, Yujeong selepas mula mendapat perhatian tahun lalu.

Kata Yujeong, ketika nama Brave Girls tidak terlalu popular, mereka akui berasa gelisah apabila langsung tidak menerima sebarang komen, baik atau buruk daripada peminat.

Tetapi selepas nama mereka memuncak pada tahun lalu, apa yang diharapkan tidak seindah yang dibayangkan.

Bermula dari saat itu, Brave Girls kerap dihujani komen-komen jahat daripada netizen.

Apa yang menyakitkan dedah Yujeong, ada netizen menggelarkan mereka Pig Girls atau perempuan babi. Ada yang mengecam bentuk badan setiap ahli kumpulan yang didakwa gemuk dan memiliki lemak pada bahagian perut sedangkan tiada anggota kumpulan Brave Girls yang gemuk.

Yujeong sendiri memiliki berat badan ideal iaitu ketinggian 163 sentimenter dengan 53 kilogram. Lebih menakutkan, penyanyi itu pernah menerima kiriman mesej berbentuk ugutan bunuh yang melarangnya muncul dalam persembahan muzik menerusi televisyen.

“Saya akan bunuh awak (bila awak sertai persembahan muzik). Bunyi macam tipu kan? Awak rasa saya tak boleh nak bunuh awak ke?” menurut ugutan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI