fbpx

‘Saya dengar dan tindakan akan diambil segera’- Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mengambil tindakan segera berhubung dakwaan penduduk di sebuah kondominium di Batu Muda, Sentul mengenai masalah air yang dilaporkan sebuah media tempatan, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan serta-merta jika mempunyai dan mendapati maklumat tersebut.

“Kadang-kadang maklumat yang diterima dua tahun sebelum ini, saya tidak dapat maklumat itu. Jika ada maklumat termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mereka tidak boleh menyimpan maklumat tersebut sampai bertahun.

“Sekarang saya dengar dan tindakan mesti diambil. Ini adalah ketegasan yang saya ingin beritahu bahawa segala permasalahan rakyat akan di ambil tindakan serta merta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majis Hari raya Aidilfitri Yayasan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Semalam, sebuah media tempatan melaporkan sebahagian besar penduduk di sebuah kondominium di sini meluahkan kekecewaan apabila terpaksa menghadapi masalah air sejak dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI