fbpx

Raja Ilya tayang perut, bersari ala aktres Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA Ilya memilih mengenakan busana sari persis pakaian yang pernah digayakan aktres Bollywood, Jacqueline Fernandez.

PETALING JAYA- Pelakon Raja Ilya yang kini sedang hamil lapan bulan anak sulungnya memperagakan busana sari persis aktres Bollywood, Jacqueline Fernandez pada acara ‘baby shower’ yang diadakan kelmarin.

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, yang memilih tema Bollywood untuk acara tersebut mengambil inspirasi sari yang digayakan aktres Bollywood itu.

Malah, sarinya kelihatan seakan-akan serupa termasuk warna dan rekaannya seperti mana gambar yang dikongsikan oleh Raja Ilya dalam Instagramnya.

“Sari cantik seperti Jacqueline Fernandez, perbezaannya saya bersama ‘baby bump’. Suka warna dan rekaannya,” tulis Raja Ilya.

Pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu kelihatan berseri-seri dan rata-rata pengikut Instagramnya memuji kecantikan Raja Ilya persis pelakon Bollywood.

Sungguhpun begitu, terselit teguran segelintir netizen kerana tindakannya menayang perut pada acara yang turut dihadiri oleh pelakon Zahirah Macwilson.

Menurut netizen berkenaan, tidak salah untuknya memakai sari tetapi tidak perlu menayangkan perutnya yang sedang sarat kepada khalayak.

Terdahulu, Raja Ilya mendedahkan dia bakal menimang anak perempuan sekitar Julai depan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37.

Raja Ilya berkahwin dengan lelaki Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018 dan mengikut suaminya menetap di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI