fbpx

Rachel sumbang emas kedua di Sukan SEA Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RACHEL meraih emas kedua dalam acara batang titian semalam selepas cemerlang menguasai acara palang bertingkat kelmarin.

HANOI – Ramai beranggapan ketiadaan bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 menyukarkan negara meraih pingat emas.

Namun, atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen menepis sangkaan tersebut selepas menghadiahkan emas kedua untuk Malaysia semalam dalam acara batang titian.

Dalam aksi di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Rachel mempamerkan aksi kemas untuk mengutip 12.567 mengatasi pencabar terdekatnya dari Filipina, Aleah Finnegan Cruz (12.367), manakala gangsa milik atlet Vietnam, Pham Nhu Phuong (12.167).

Kejayaan tersebut pastinya cukup manis buat atlet kelahiran Pulau Pinang itu yang pada mulanya sekadar menyasarkan satu emas pada temasya dwitahunan kali ini.

Ia adalah emas ke-18 kontinjen Malaysia selepas silat menyumbang emas ke-17 menerusi pesilat muda negara, Muhammad Khairi Adib Azhar.

Kejayaan itu juga membuktikan kepada semua pihak bahawa Rachel mampu untuk menggalas tanggungjawab bagi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Kelmarin, Rachel berjaya meraih emas pertama selepas mempamerkan aksi cukup cemerlang dalam acara palang ber­tingkat dengan mengutip 13.00 mata meninggalkan pencabar terdekatnya dari Vietnam, Pham Nhu Phuong 12.467, manakala pi­ngat gangsa milik Singapura, Nadine Nathan Joy (12.433).

Pada edisi 2019, Rachel sekadar me­raih gangsa dalam dalam acara itu, manakala perak dimenangi atlet Vietnam, Do Thi Ngoc Huong dan emas diraih Farah Ann.

Selain dua pingat emas berkenaan, Rachel turut berjaya meraih gangsa dalam acara individu all-around, sekali gus membuktikan negara tidak ke­tandusan bakat dalam sukan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI