fbpx

Pembonceng motosikal maut dirempuh ketika keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian hari ini.

KLANG – Seorang remaja maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) ketika keluar dari simpang Jalan Persiaran Masjid Sultan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, mangsa yang maut dikenali Mohammad Nizwan Mohd. Nizam,19, berasal dari Tawau, Sabah. Manakala penunggang motosikal yang juga abang iparnya, Mohd. Basri Hamdi, 46, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu lelaki 4WD berusia 38 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah dari Sungai Pinang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian pemandu tersebut tidak menyedari sebuah motosikal jenis SYM VF3i 185 dinaiki dua lelaki keluar dari simpang di sebelah kiri.

“Pacuan empat roda kemudiannya tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang motosikal tersebut.

“Pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala penunggangnya hanya mengalami luka kecil. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemandu 4WD itu tidak mengalami kecederaan dan siasatan mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI