fbpx

Mangsa kebakaran terima sumbangan peribadi dari Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David Wong (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan dari Sultan Johor kepada Kandar selepas kediamannya musnah dalam kebakaran Sabtu lalu.

KOTA TINGGI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi sumbangan peribadi dan bantuan makanan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Lintang di sini.

Sumbangan peribadi berkenaan dan bantuan makanan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) itu disampaikan Mejar Cina Datuk David Wong kepada mangsa, Kandar Ali, 67 kelmarin.

Dalam kejadian Sabtu lalu menyebabkan warga emas tersebut tinggal sehelai sepinggang selepas kediamannya musnah dalam kejadian itu.

Anaknya, Mohamad Azlan, 33 yang bekerja sebagai pemandu lori berkata ayahnya ketika ini menetap bersamanya selepas kejadian itu.

“Tiada barangan yang dapat diselamatkan, semuanya musnah dalam kebakaran. Kami sekeluarga bersyukur tiada kemalangan jiwa dan amat menghargai bantuan makanan serta sumbangan peribadi daripada Sultan Johor.

“Baginda Tuanku Sultan sememangnya amat menitikberatkan kebajikan rakyat yang ditimpa musibah. Saya sekeluarga mendoakan Baginda dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan pantas seorang lelaki yang mengetuk pintu rumah jirannya untuk memaklumkan kebakaran yang berlaku berjaya menyelamatkan nyawa dua beranak dalam kejadian kebakaran tersebut.

Ramdan Mohamed, 45 berkata, ketika kejadian dia sedang mengambil angin di luar rumahnya sebelum ternampak api dari belakang rumah jirannya itu yang pada awalnya menyangka ia merupakan api dari pembakaran sampah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI