fbpx

Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi pendakwaan kes peras ugut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Long Tiger dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Tangkak hari ini bagi kes pemerasan.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret Tangkak hari ini memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab. Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger yang menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Peguamnya, Datuk Shaharudin Ali memberitahu, perintah itu dikeluarkan Majistret Zaridah Abdul Jaapar.

“Majistret membuat perintah itu selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan ekoran kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada pertengahan perbicaraan.

“Pihak pembelaan masih belum menyelesaikan pemeriksaan terhadap saksi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin manakala tertuduh diwakili Shaharudin dan juga Azfar Azmi.

Pada 20 Januari lalu, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak kerana melarikan diri daripada tahanan mahkamah itu di kira-kira pukul 11.55 pagi, pada 15 Disember 2021.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melarikan diri daripada lokap mahkamah dengan menggunakan alasan untuk membuang air besar dan telah meminta anggota polis yang ditugaskan untuk membuka gari.

Tertuduh kemudiannya mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika melihat pintu sel tidak berkunci dan bertindak melarikan diri keluar dengan menghala ke pintu utama mahkamah.

Ketika melarikan diri, tertuduh juga telah dikejar beberapa anggota polis, namun berjaya lolos dengan bersembunyi di kawasan semak-samun berhampiran mahkamah sebelum berjaya melarikan diri ke Sungai Petani, Kedah.

Penjenayah paling dikehendaki dalam buruan polis itu kemudiannya ditangkap pada 28 Disember, sebelum empat individu lain termasuk lelaki yang berperwatakan perempuan yang di Sungai Petani serta di Yong Peng, Batu Pahat ditahan keesokannya.

Semasa tangkapan Long Tiger dibuat oleh polis Bukit Aman itu, tertuduh mengalami beberapa kecederaan selepas tergelincir dari bumbung rumah ketika cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI