fbpx

Liga Super: Sang Badak tundukkan Harimau Kumbang 2-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah Penang FC, Muhammad Faizat (kiri) diasak pemain Sabah FC pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya, George Town di sini malam tadi.

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC hanya mampu menikmati keputusan 2-4 pada perlawanan menentang Sabah FC dalam aksi saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Pada babak pertama perlawanan, skuad Harimau Kumbang itu dilihat sedaya upaya mempamerkan rentak cemerlang di hadapan kira-kira 1,065 penonton dan berusaha menghasilkan gol tunggal mereka di laman sendiri.

Asakan bertali arus pasukan lawan terutama penyerang, Mohd. Amri Yahaya dan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar sesekali dilihat memecah kebuntuan barisan pertahanan skuad Penang FC untuk melakukan jaringan di hadapan pintu gol.

Gol pertama buat skuad Sang Badak disempurnakan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-22.

Gandingan trio import Penang FC iaitu Anselmo Arruda Da Silva, Endrick Dos Santos dan Hilal AlHelwe dilihat cuba membantu pasukan menghasilkan gol pertama namun dilihat kurang menyengat.

Keputusan itu kekal sehingga tamat babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Kurang lima minit babak kedua bermula, Penang FC bermula garang apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan deras pemain tengahnya, T. Saravanan pada minit ke-52.

Pada minit ke-58, pasukan Sabah FC sekali lagi menggandakan jaringan menerusi ledakan pemain import dari Brazil, Jackson De Souza disusuli gol ketiga hasil sepakan kemas oleh Baddrol selang dua minit kemudian.

Gol keempat buat pasukan kendalian Ketua Jurulatih, ong Kim Swee skali lagi hadir pada minit ke-66 hasil sepakan pemain tengahnya, Stuart John Wilkin menerusi jarak dekat di hadapan pintu gol.

Bagaimanapun, Penang FC terus bangkit dengan menghasilkan gol kedua menerusi sepakan penyerang import dari Lubnan, Hilal AlHelwe pada minit ke-76.

Keputusan 2-4 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI