fbpx

Leher bersimen pun tetap kena datang!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON menyenaraikan 29 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat bermula hari ini untuk menghadapi saingan kelayakan Piala Asia. - FB FAM

“CEDERA atau apa juga alasan, datang dulu lapor diri!

Itu ingatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada pemain yang dipilih Kim Pan-gon untuk sertai latihan pusat yang akan bermula esok.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa memahami apa juga situasi yang dihadapi pemain namun mereka wajib hadir melapor diri sebelum keputusan susulan akan dibuat oleh barisan kejurulatihan pasukan.

“Kita kena faham pemain juga ada masalah peribadi dan sebelum ini kita dapat lihat ada pemain yang kehilangan bapa dan emas datang laporkan diri. Cedera atau ada masalah peribadi, hadirkan diri dulu.

“Walau kaki atau leher anda (pemain) bersimen, mereka perlu laporkan diri dahulu. Kemudiannya jurulatih serta pasukan akan membuat keputusan selepas pemeriksaan,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Sebelum ini, arena bola sepak negara sering dihimpit isu ketidakpatuhan pemain apabila ada yang bertindak ‘membisu’ selepas tidak hadir melaporkan diri ke latihan pusat skuad kebangsaan.

Sebelum ini, pertahanan Sabah, Rizal Ghazali yang dipanggil bagi menggantikan Syahmi Safawi bertindak tidak menghadirkan diri ke kem latihan Harimau Malaya namun teka-teki mengenai alasan sebenar ketiadaan pemain itu terlerai selepas FAM menerima surat makluman atas alasan masalah keluarga.

Skuad kedalian Pan-gon kini akan mengharungi persiapan akhir bagi menghadapi kempen Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).

Dalam masa sama, FAM juga mengesahkan Myanmar yang sepatutnya akan menentang Malaysia dalam aksi persahabatan 27 Mei ini terpaksa menarik diri dan slot itu akan diisi oleh Brunei sebelum bertemu Hong Kong (1 Jun). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI