fbpx

Kes rogol: Nasib ADUN Tronoh diketahui 29 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paul Yong hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh pada prosiding hujahan lisan bagi peringkat pembelaan yang dihadapinya hari ini. /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, akan diketahui pada 29 Jun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada pukul 10 pagi.

Pada 31 Mac lalu, pasukan pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Choo Kiong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara mangsa, Muhammad Rusdi, 51. Prosiding tersebut berlangsung selama dua hari pada 16 dan 31 Mac lalu.

Pada 7 Disember lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan bekas exco kerajaan negeri itu membela diri terhadap tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia pada Julai 2019.

Hakim Datuk Abdul Wahab memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Sepanjang prosiding tersebut, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi dan Mohd. Fitri Sadarudin manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Rajpal Singh bersama Salim Bashir.

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI