fbpx

Jabatan Pertanian sasar pengeluaran durian hampir setengah juta tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durian Malaysia sudah berjaya menembusi 22 buah negara dan berpotensi menawan banyak pasaran baharu. /FOTO IHSAN JABATAN PERTANIAN

PUTRAJAYA – Jabatan Pertanian menganggarkan pengeluaran durian di negara ini dijangka meningkat kepada 493,397 tan menjelang 2025 ekoran penggunaan teknologi tinggi.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zahimi Hassan, unjuran tersebut berdasarkan trend positif yang direkodkan pada 2020 lalu apabila sudah berjaya mencapai pengeluaran 390,635 tan.

“Banyak ladang durian sudah menggunakan teknologi pertanian pintar seperti sistem Internet Benda atau IoT dalam proses pengairan dan pembajaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana isu semasa, kelmarin Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah membayangkan harga buah itu bakal naik.

Durian premium popular jenis Musang King diramalkan boleh mencecah RM80 sekilogram di seluruh negara susulan isu penyusutan bekalan kerana faktor cuaca hujan berterusan di ladang.

Malahan baka Black Thorn atau duri hitam dijangka mampu mencapai paras RM100 sekilogram ekoran kekurangan bekalan dari Perak dan Pulau Pinang yang melepasi 50 peratus ketika ini.

Mengulas lebih lanjut, Zahimi berkata, pada masa ini kawasan penanaman durian berkeluasan 76,895 hektar dengan hanya 40 peratus atau 30,758 hektar yang ditanam varieti Musang King.

“Baka yang dikenali juga sebagai Raja Kunyit atau D197 itu turut jadi sumber kekayaan baharu negara dengan banyak dieksport ke pasaran berpotensi di pelbagai negara asing,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI