fbpx

Harta kekayaan tak boleh bawa ke kubur – Cef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CEF WAN

PETALING JAYA – “Saya tidak suka manusia yang bangsat selalu berkira-kira, apa lagi yang tamak harta dunia sampai menjahanamkan kehidupan orang lain.”

Demikian kata cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan mengingatkan dirinya supaya tidak terlalu tamak mengumpul kekayaan sehingga lupa untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya keluarga sendiri.

Cef berusia 65 tahun itu memberitahu dia langsung tidak pernah kisah tentang harta di dunia sejak dahulu lagi kerana sedar, kekayaan yang dimilikinya tidak boleh dibawa masuk ke dalam kubur ketika dikebumikan nanti.

“Tidak kira semewah mana pun majlis pengebumian kita nanti, akhirnya jasad akan jadi debu juga di dalam kubur. Sebab itu saya tidak pernah kisah tentang harta di dunia sejak dahulu lagi.

“Apa yang saya ada (duit) akan gunakan untuk menikmati kehidupan dan selebihnya untuk hal-hal kebajikan. Saya ajar diri sendiri untuk selalu memberi walaupun sekecil-kecil pemberian kepada orang lain terutama keluarga sendiri,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Ujar Cef Wan lagi, dia tidak kisah jika dirinya miskin daripada memiliki harta, asalkan kaya dengan budi bahasa. Dedahnya, sepanjang menjalani kehiduapn, dirinya pernah melalui pelbagai penipuan oleh manusia walaupun niatnya ikhlas untuk membantu.

“Allah SWT hadirkan saya ramai manusia yang suka memperguna, mempermainkan serta menipu saya yang bukan-bukan. Tapi tidak mengapa, saya tidak rugi apa-apa sebab niat saya untuk membantu.

“Saya cuba sedaya upaya semampu yang boleh. Bila kita senang berkongsi rezeki, maka kita akan jauh daripada sifat-sifat tamak, kedekut, hasad dengki dan khianat. Bersyukurlah dengan apa yang saya nikmati,” katanya.

Dalam pada itu, dia berkata, niatnya sekadar ingin berkongsi dan berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan.

Terdahulu, Cef Wan sememangnya sangat dikenali dengan sikap pemurah dan tidak pernah berkira terutama dengan keluarga sendiri.

Malah Cef Wan pernah mendedahkan menaja majlis perkahwinan kedua-dua orang anaknya, Serina dan juga Nadzri sehingga ratusan ribu ringgit walaupun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian.

Baru-baru ini tukang masak popular itu turut memberikan sedikit wang untuk Serina dan suaminya sebagai hadiah kecil serta mahu membelikan mereka sebuah sofa baharu buat mereka berdua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI