PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca di negeri Semenanjung dilihat dalam keadaan baik dan tiada cerapan hujan pagi ini.
Bagaimanapun, hujan lebat serta ribut petir hanya tertumpu sekitar kawasan pendalaman negeri Sarawak dan dijangka reda tidak lama lagi.
Tambah MetMalaysia, beberapa kawasan di timur Semenanjung, Kedah, Perak dan Selangor diramal mengalami cuaca buruk pada sebelah petang nanti.
“Namun keadaannya dijangka melibatkan intensiti hujan yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE