fbpx

Abang Viva muncul di Kuala Johol bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Viva tiba di Kuala Johol bagi membantu mangsa banjir di daerah berkenaan. /FOTO IHSAN PEMBACA

KUALA PILAH – Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau Azwan Omar dilaporkan sudah sampai ke Kuala Johol, kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi memulakan usahanya membantu mangsa banjir di daerah berkenaan.

Penduduk, Shaik Ali Mohamed Haleem, 25, berkata, dia berasa sangat besar hati apabila ‘Abang Viva’ yang terkenal dengan sikap membantu mangsa banjir terus datang membantu penduduk hanya dengan sekali ajakan dari penduduk bernama Nor Hisham.

Menurutnya, pacuan empat rodanya tidak dapat mengharungi arus deras banjir untuk ke Kuala Johol dan dia juga tidak mengetahui bagaimana ‘Abang Viva’ boleh masuk ke kawasan berkenaan.

“Alhamdulilah, syukur terima kasih. Tahu-tahu sahaja sudah sampai bagi membantu kami. Ikutkan kebiasaannya, banjir hanya berlaku di Kuala Johol, namun kali ini banjir turut berlaku di kawasan Inas.

“Air makin naik, terima kasih pasukan penyelamat, penduduk dan Abang Viva yang masih lagi membantu mengeluarkan mangsa hingga ke saat ini,” katanya hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan Kuala Johol tidak boleh dilalui berikutan air naik begitu deras ke jalan utama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI