fbpx

2 lelaki diberkas kes mayat terikat di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Golok dekat Kampung Simpangan, Tumpat pada 6 Mei lalu. /FOTO IHSAN PEMBACA

KOTA BHARU – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki bogel dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya terikat yang disyaki dibunuh di Sungai Golok berhampiran Kampung Simpangan dekat Tumpat pada 6 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu diberkas selepas polis menjalankan serbuan di rumah mereka di sekitar Tumpat petang kelmarin.

Katanya, penahanan kedua-dua suspek warga tempatan itu dipercayai dapat membantu pihak polis untuk mengesan dua lagi suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut.

“Sehubungan itu, kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas.

“Polis juga sedang menyiasat motif kejadian yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, mayat mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan telungkup di dalam air kira-kira pukul 7.25 pagi pada 6 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Tan Seng Lee berkata, pemeriksaan terhadap mangsa mendapati kedua-dua tangan, kaki dan mukanya diikat dengan kain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI