fbpx

11 PATI Myanmar dicekup bersembunyi di tanah perkuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI warga Myanmar dan kanak-kanak yang dicekup semasa bersembunyi di kawasan semak berhampiran Tanah Perkuburan Islam Tok Wali, Pasir Mas hari ini. /FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Cubaan sembilan wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan dua kanak-kanak perempuan untuk lolos ke negara ini gagal apabila mereka dicekup semasa sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Tanah Perkuburan Islam Tok Wali di sini hari ini.

Sekumpulan wanita dan kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menjalankan serbuan di tanah perkuburan itu selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penyudupan migran.

Menurutnya, kesemua PATI gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah yang menjadi bukti mereka memasuki negara ini.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Pasir Mas di sini untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, polis akan terus meningkatkan rondaan bagi mencegah kegiatan jenayah termasuk penyeludupan PATI,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI