fbpx

Warga pendidik, pelajar hadir memeriahkan FGM 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (dua dari kanan) mencuba permainan gasing uri yang menjadikan antara tarikan di ruang pameran FGM 2022 di UMK Kampus Bachok hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG

BACHOK – Penganjuran Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 selama lima hari yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini yang bermula Khamis lalu berlangsung meriah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kemeriahan itu dapat dirasai apabila warga pendidik, pelajar dan orang ramai turun memeriahkan FGM yang kali pertama dianjurkan secara besar-besaran selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan akibat pandemik Covid-19.

“Alhmadulillah, saya lihat penganjuran FGM 2022 berjalan dengan baik selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan.

“Situasi itu dapat dilihat semalam apabila kita menerima seramai 600 penyertaan untuk program Kayuhan Ceria Hari Guru. Jumlah itu tidak termasuk mereka yang tidak berdaftar namun, mengayuh basikal bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Kampus Bachok di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Dalam majlis tersebut, Radzi turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2022 kepada Datu Dr. Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022 kepada seorang pesara guru, Roslan Yatim.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, FGM 2022 turut diserikan dengan Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang merupakan manifestasi tanda terima kasih kepada warga pendidik di atas sumbangan bakti telah dihulurkan dalam melahirkan modal insan terbaik kepada negara.

Katanya, sumbangan warga pendidik kepada negara tidak terhitung nilai dalam membangunkan modal insan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI