fbpx

Warga emas tikam kekasih 70 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Payne mendakwa tidak waras ketika melakukan pembunuhan ke atas teman wanitanya, Ambler pada November tahun lalu. - Metro News UK

LONDON – Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah menikam teman wanitanya sebanyak 70 kali akibat kemarahan psikotik yang didorong penyalahgunaan dadah, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Donald Payne, 69, dilaporkan tidak berada dalam keadaan waras apabila menikam Simone Ambler, 49, di bahagian tekak, dada, abdomen, kaki dan paha sebelum duduk dan menonton televisyen di sebelah mayat wanita itu.

Menurut laporan polis, Payne bertukar menjadi paranoid melampau dengan menyangka mangsa meletakkan bahan beracun di dalam hidangan air teh yang dihidangkan kepadanya.

Payne didakwa atas tuduhan membunuh dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang lebih ringan iaitu membunuh tanpa niat pada November tahun lalu.

Hakim Simon Medland telah diberitahu bahawa Payne mengalami penyakit psikotik yang tidak didiagnosis pada masa serangan itu.

Dia dikatakan memiliki sejarah lampau penggunaan heroin, kokain dan alkohol.

Pasukan pembelaan Payne berhujah keadaannya yang tidak didiagnosis menjejaskan keupayaannya untuk bertindak secara rasional.

Dia dikatakan sangat menyesal dan terkejut dengan pembunuhan ganas yang dilakukannya.

Bagaimanapun, Medland memutuskan bahawa Payne masih menimbulkan risiko yang serius kepada orang ramai, terutamanya wanita. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI