fbpx

Undang-undang Scotland larang budak lelaki lihat patung tidak berbaju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan patung yang siap dibina di sebuah kilang di Woolwich, London. - Mirror UK

LONDON – Satu undang-undang pelik di Scotland didedahkan dengan kanak-kanak lelaki berusia bawah 10 tahun tidak dibenarkan melihat patung yang tidak berbaju, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Undang-undang itu pada asalnya berasal dari ‘undang-undang kesopanan’ zaman Victoria apabila Britain cuba menghalang kerosakan moral dalam kalangan golongan belia.

Peraturan Scotland yang pelik itu telah didedahkan oleh firma guaman John Collins and Partners yang berpangkalan di Swansea.

“Suruhanjaya Undang-Undang bertanggungjawab untuk menyaring undang-undang yang sudah lapuk dalam usaha untuk mengemas kini sistem, tetapi beberapa peraturan pelik masih lagi diguna pakai.

“Bagaimanapun, kami tidak mengharapkan orang ramai terlalu bimbang tentang kebanyakan undang-undang ini,” kata rakan kongsi firma itu, Paul Newman.

Rang Undang-Undang Pemansuhan diluluskan oleh Parlimen Britain setiap beberapa tahun dengan setiap satunya menyingkirkan beratus-ratus halaman undang-undang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI