fbpx

Tujuh wanita Thailand, Myanmar tawar khidmat seks dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang PATI yang ditahan dalam serbuan Op Gegar di sebuah hotel di Alor Setar malam semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seramai tujuh wanita warga Thailand dan Vietnam yang disyaki menawarkan khidmat seks dicekup penguat kuasa imigresen dalam serbuan di bilik hotel berasingan di sini pada malam semalam.

Serbuan Op Gegar itu dilakukan 16 pegawai Jabatan Imigresen Kedah di dua buah hotel di pusat bandar ini bermula pukul 8.30 malam hingga 11 malam.

Dalam serbuan itu, pelbagai helah diberikan pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut antaranya sedang dalam haid sedangkan ketika itu dia ditemui dalam keadaan separuh bogel bersama pelanggannya.

Selain helah, ada antara mereka didakwa mengambil dadah berdasarkan penemuan peralatan menghisap syabu yang ditemui di dalam bilik hotel.

Wanita warga asing yang ditahan itu dipercayai menawarkan khidmat pelacuran menggunakan aplikasi WeChat dengan bayaran kira-kira RM200 sejam.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri (Kawalan), Rosmaliza Mohamed Rashid memberitahu, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan berhubung kegiatan tidak bermoral di dua hotel berkenaan.

“Kita memeriksa seramai 21 individu yang mana tujuh daripada mereka iaitu empat wanita Thailand dan tiga Myanmar didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta tinggal lebih masa di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI