PETALING JAYA – Aliran trafik Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) sesak dan perlahan sepanjang 2.6 kilometer (km) sebelum Plaza Tol Gombak ketika ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kesesakan itu bermula dari KM 22.4 sehingga plaza tol berkenaan.
Menurut LPT, kesesakan tersebut kemudiannya bercantum dengan aliran trafik yang turut dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
“Kesesakan turut dilaporkan berlaku sepanjang lebih 5.1 km berdekatan Bukit Tinggi bermula KM 41.3 sehingga KM 46.5 arah Kuantan.
“Bagaimanapun aliran trafik di sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1 ) lancar di kedua-dua hala,” kata LPT di sini hari sini.
Difahamkan, kesesakan tersebut berlaku ekoran orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti hujung minggu serta cuti sempena Hari Wesak.-KOSMO! ONLINE