PETALING JAYA – Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bunga Raya di ibu negara dilaporkan terbakar kira-kira 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 8.49 pagi tadi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat membabitkan bahagian ruang tamu yang terbakar 80 peratus.
“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Katanya, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Setapak dan BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian
“Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke rumah bersebalahan pada pukul 9.07 pagi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE