fbpx

Pengilang diingatkan tidak hasilkan benih padi tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman Tajudin (kiri) menyantuni kakitangannya pada Majlis Jamuan Hari Raya di pejabatnya di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Pengilang beras di negeri ini diingatkan supaya tidak sama sekali terlibat dengan penghasilan benih padi tidak sah bagi meraih keuntungan mudah menjelang musim baharu penanaman padi.

Pengarah Kawal Selia Padi Beras Kedah, Abdul Rahman Tajudin berkata, pemantauan ke atas kesemua 61 kilang beras di negeri ini akan terus diperhebatkan lagi selepas ini.

“Berbanding musim lepas, kali ini kita dapati penjualan benih padi tidak sah tidak lagi dibuat secara terbuka di kedai-kedai input pertanian setelah pemantauan dilakukan secara aktif.

“Walau bagaimanapun kita tahu bahawa penjualan di pasaran gelap masih berjalan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Kedah di Shahab Perdana di sini hari ini.

Katanya, pihaknya belum menemui sebarang bukti atau tangkapan membabitkan pengilang yang didakwa terlibat dalam kegiatan itu.

“Bagi mengatasi isu berkenaan, kami kini giat melakukan pemantauan di kilang-kilang beras.

“Sebelum ini ada dakwaan menyatakan terdapat kilang beras terlibat melakukan kegiatan itu, namun sehingga kini belum ada bukti atau tangkapan membabitkan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI