fbpx

Nelayan Vietnam ditahan berhampiran sempadan perairan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidilhadi (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada dua tan hasil laut yang ditangkap nelayan Vietnam secara haram di Markas Maritim Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Nelayan Vietnam dikesan menjadikan sempadan perairan negara dan Indonesia berhampiran daerah ini sebagai lokasi untuk mencuri hasil laut negara.

Helah terbaharu itu diketahui berikutan penahanan sebuah bot nelayan asing tersebut pada kedudukan 108 batu nautika tenggara dari perairan Kuala Kemaman pada pukul 5.30 petang, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, siasatan mendapati nelayan Vietnam berada pada kedudukan tidak lebih 10 batu nautika dari sempadan negara dan Indonesia.

“Taktik itu bagi memudahkan mereka melarikan diri ke perairan antarabangsa sekiranya dikesan agensi penguat kuasa Malaysia dan Indonesia.

“Siasatan mendapati nelayan Vietnam itu juga merasa selamat mencuri hasil laut di kawasan itu kerana menyangkakan tumpuan hanya diberikan kawasan pelantar minyak dan pesisir pantai Terengganu,” katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rashidilhadi berkata, beberapa bot nelayan Vietnam dikesan sedang menangkap ikan di lokasi kejadian.

“Mereka yang terkejut melihat kehadiran kapal peronda APMM cuba melepaskan diri dengan memasuki semula perairan antarabangsa. Satu daripadanya berjaya ditahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI