fbpx

Mohd. Azim Abdul Aziz bukan kakitangan MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali menyamar sebagai pegawai MCMC dan mendakwa orang yang dihubunginya telah melakukan kesalahan.

Peringatan daripada MCMC ini susulan seorang pengadu telah dihubungi oleh individu bernama Mohd. Azim Abdul Aziz yang memaklumkan bahawa, talian telefon pengadu telah menghantar pautan-pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan.

“Justeru, pengadu tersebut dikehendaki membuat aduan dalam tempoh 30 minit dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian boleh menyebabkan talian telefon pengadu disekat dan disenarai hitam oleh pihak penyedia perkhidmatan.

“Adalah dimaklumkan bahawa individu yang dimaksudkan iaitu Mohd. Azim Abdul Aziz bukan kakitangan MCMC dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak suruhanjaya,” menurut peringatan tegas MCMC di sini hari ini.

Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan MCMC lazimnya mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang atau menerusi platform media sosial suruhanjaya ini dan bukannya menggunakan nama individu, penggunaan bahasa yang meragukan serta nombor telefon bimbit persendirian.

“Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali.

“Pada masa sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI