fbpx

Kes buli : 30 pelajar diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seramai 30 pelajar telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan dua yang didakwa dibuli pelajar senior dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Labu, Nilai di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, keterangan semua pelajar terbabit selesai diambil pukul 2 petang tadi.

“Kita menerima empat laporan polis berkaitan kes ini.

“Enam lelaki dibenarkan reman sehari dan dibebaskan pukul 5 petang tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari.

Semalam Kosmo! melaporkan, pihak polis telah menerima tiga laporan polis Sabtu lalu berhubung kejadian pelajar tingkatan dua cedera di beberapa bahagian badan selepas didakwa dibuli pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Nilai di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI