fbpx

Kaki dipercayai milik pendaki dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa bahagian kaki pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Suku, Simpang Pulai.

IPOH – Pasukan penyelamat menemukan tubuh manusia dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Siku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, kaki bahagian kiri itu dijumpai anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) pukul 5.05 petang.

Katanya, bahagian tubuh berkenaan dijumpai pada jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dihanyutkan arus deras kepala air.

“Bahagian tubuh tersebut dibawa turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi pencarian ditangguhkan pukul 7 petang dan akan disambung hari ini pukul 8 pagi.

“Kita akan dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pos Atap Baru di sini hari ini.

Menurut Muhamad Shahrizal, pihaknya akan menumpukan pencarian esok dengan menyelusuri laluan air sepanjang 800 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI