PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan 12 negeri petang ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti.
“Amaran dikeluarkan melibatkan keseluruhan kawasan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Di Perak membabitkan Hulu Perak, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.
Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan bagi kawasan Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) manakala di Terengganu melibatkan Besut dan Setiu.
“Turut terlibat iaitu Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor.
“Di Sarawak, hujan lebat dikatakan hanya tertumpu di bahagian Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE