fbpx

Harith Farhan julang Pink Racing di podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH FARHAN berjaya meraih podium ketiga CP125 untuk Pink Racing pada perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Litar Lumba Tangkak, Johor semalam.

HASRAT pelumba pasukan Tobaki Pink Racing, Mohamad Harith Farhan Baharin untuk menaiki podium pada pusi­ngan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Litar Lumba Tangkak, Johor semalam terlaksana apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.

Dia yang memulakan perlumbaan di petak kelima terpaksa berdepan tugas sukar apabila dipintas pelumba-pelumba lain sehingga berada di kedudukan keenam.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Terengganu itu tidak berputus asa apabila memperkemaskan tunggangan dan bersaing dengan pelumba pa­sukan ONEXOX Racing, Abdullah Qayyum Abd. Razak untuk kedudukan ketiga.

Tuah nyata memihak kepada Harith apabila Qayyum terjatuh di pusingan akhir, sekali gus memberi peluang kepada pelumba Pink Racing itu menamatkan saingan di podium.

“Perlumbaan hari ini sangat sukar kerana jentera berdepan masalah teknikal sebelum ke­luar ke litar, jadi kami ambil keputusan untuk gunakan data sebelah pagi. Keadaan itu beri sedikit masalah kepada saya.

“Sementara itu, keadaan cuaca yang agak tidak menentu menyebabkan saya sukar untuk menyesuaikan diri dengan jentera selain pelumba-pelumba lain cukup laju,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada perlumbaan tersebut, juara kategori CP125 menjadi milik pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, Md. Hafiza Rofa sementara Md. Aliff Danial Md. Asri dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor di tempat kedua.

Sebagai rekod, Kosmo! me­rupakan penaja rasmi pasukan Tobaki Pink Racing bagi saingan Cub Prix musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI