fbpx

Guna telefon bimbit ketika memandu, anggota polis disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan anggota polis menggunakan telefon bimbit ketika memandu yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Polis telah mengenakan tindakan saman terhadap anggotanya yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Proton Preve di Lebuh Raya Persekutuan menghala Petaling Jaya pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video tular berdurasi 14 saat memaparkan insiden terbabit.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 9 pagi semalam.

“Anggota polis terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI