fbpx

Anak dipukul dengan batang besi – bapa mangsa buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa mangsa buli menunjukkan gambar kecederaan dialami anak mereka serta laporan polis yang dibuat.

SEREMBAN – Ibu bapa kepada pelajar tingkatan dua yang menjadi mangsa buli dan cedera di sebuah sekolah agama berasrama penuh di Labu di sini meminta pihak Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan secara telus dan menghapuskan amalan buli di sekolah itu yang dikatakan sudah menjadi ‘tradisi’.

Seorang bapa, Ahmad Fauzi Md. Sood, 50, berkata, dia hanya mengetahui berhubung kejadian berkenaan selepas menerima panggilan daripada anak petang Sabtu lalu.

Bagaimanapun katanya, anaknya seakan-akan takut untuk menceritakan apa yang dihadapai seperti ada sekatan yang meminta untuk tidak memberitahu beritahu perkara sebenar.

“Anak memaklumkan bahawa dia telah dilibas dengan batang besi dan batang penyapu oleh pelajar senior tingkatan empat sehingga mengalami kecederaan fizikal di kedua-dua belah kaki,” dakwanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Labu di sini hari ini.

Dakwa beliau, sehingga kini tiada tindakan lanjut daripada pihak sekolah malah perjumpaan dengan ibu bapa pelajar terlibat dibatalkan dengan alasan siasatan polis telah dijalankan.

Ahmad Fauzi mendakwa, berdasarkan penceritaan anaknya, terdapat kira-kira 75 pelajar tingkatan dua yang menjadi mangsa buli.

Dakwanya, mereka telah dikumpulkan dalam keadaan gelap di surau dan asrama dalam keadaan gelap dan dipukul dengan senjata oleh pelajar senior tingkatan empat.

“Saya bersyukur kecederaan anak tidak melibatkan bahagian mata atau kepala walaupun ada pelajar lain yang mengalami pendarahan akibat dipukul,” katanya yang memberitahu anaknya telah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Tambah beliau, sehingga kini tujuh laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat oleh ibu bapa mangsa.

Sementara itu, seorang lagi bapa, Noor Azmi, Mohd Nor, 44, mendakwa, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan terperinci supaya kejadian buli tidak berulang.

“Anak saya mengalami sesak nafas dan lebam dia kedua-dua betis akibat dipukul dengan senjata oleh pelajar senior selain ditendang di badan.

“Saya hantar anak ke sekolah supaya dia dapat belajar dengan tenang, tetapi sekarang dia trauma dan tidak boleh fokus dengan pembelajaran sedangkan esok ada peperiksaan untuk pelajar tingkatan dua,” dakwanya.

Noor Azmi berkata, difahamkan kejadian tersebut berlaku lebih kurang 11 malam Jumaat lalu sebagai satu bentuk orientasi pelajar senior kepada pelajar tingkatan dua memandangkan sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI