SELEBRITI dan juga model terkenal Kendall Jenner menarik perhatian netizen selepas menunjukkan ‘bakatnya’ memotong sebatang timun dengan gaya yang aneh.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram @holllywoodqueens, kakak kepada Kylie Jenner itu menjadi bahan ketawa netizen kerana dilihat sangat kekok memegang pisau.
Dalam video tersebut, Jenner mahu menghiris sebatang timun sambil disaksikan oleh ibunya, Kris Jenner. Bagaimanapun, selebriti berusia 26 tahun itu kelihatan sangat janggal memegang pisau.
Malah, cara dia memotong timun juga kelihatan pelik sehingga tangannya menjadi bersilang. Tingkah laku model terkenal itu sekali gus menuai rasa lucu netizen kerana dia dianggap gagal mengendalikan barangan dapur dengan baik.
“Kendall Jenner memotong timun dengan cara paling aneh yang pernah saya lihat. Kelihatan seperti dia hendak berperang!” kata seorang netizen.
“Kenapa dia memegang timun seperti itu? Adakah ini kali pertama dalam hidupnya menggunakan pisau di dapur?” ujar seorang lagi pengguna Instagram.
Sementara itu, Jenner dalam satu kenyataannya selepas video tersebut tular memberitahu, memotong timun merupakan pekerjaan paling sukar yang pernah dilakukan dalam hidupnya.