fbpx

Ziyad raih gangsa di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ziyad berjaya meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.

HANOI – Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berbangga apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki di Stadium Nasional My Dinh pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.

Ziyad yang meraih perak ketika Sukan SEA Manila pada 2019 itu terpaksa akur dengan kehebatan lawan dari Thailand dan Filipina selepas melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m).

Pingat Emas menjadi milik William Morrison III Edward (Filipina) yang membuat lontaran sejauh 18.14m. Perak menjadi milik atlet Thailand, Jakkapat Noisri dengan lontaran sejauh 17.32m.

“Apa pun, syukur ke hadrat Ilahi, ini adalah Sukan SEA saya kali ketiga, saya sudah buat terbaik dan bangga dapat meraih pingat gangsa buat negara.

Muhammad Ziyad ketika acara lontar peluru lelaki di Stadium Nasional My Dinh.

“Saya juga bangga sebagai seorang atlet para dapat bersaing dengan atlet normal pada temasya dwitahunan ini,” kata Ziyad.

Sementara itu, dalam saingan lompat jauh lelaki Andre Anura Anuar hanya menduduki tempat kelima selepas melakukan lompatan sejauh 7.24m.

Emas dalam acara berkenaan milik wakil tuan rumah, Trong Nguyen Tien yang melakukan lompatan sejauh 7.80m, diikuti Janry Ubas Borinaga dari Filipina (7.73m), makala gangsa milik atlet Indonesia, Sapwaturrahman (7.61m).

Dalam acara lompat tinggi wanita, wakil negara, Ngu Jia Xin menduduki tempat kelima dengan lompatan 1.65m, manakala emas milik atlet Vietnam, Dhiem Pham Thi (1.78m), manakala perak milik Michelle Sng dari Singapura (1.75m) dan gangsa diraih seorang atlet Vietnam, Giang Pham Quynh (1.70m). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI