fbpx

Wanita maut terkena serpihan patung batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan patung batu terjatuh dari atas bangunan kuil di Buntong, Ipoh dirakam orang awam hari ini. /FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Seorang wanita maut selepas terkena serpihan patung batu yang terjatuh dari bangunan sebuah kuil di Buntong di sini pagi tadi.

Kejadian pukul 9.50 pagi itu berlaku semasa upacara pembukaan kuil berlangsung.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, wanita berusia 53 tahun yang parah pada kepala telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Menurut beliau, mangsa bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Kejadian itu turut menyebabkan dua wanita yang berada di lokasi kejadian mengalami keederaan ringan.

“Kes diiklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu siasatan lanjut akan dijalankan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, rakaman upacara sambutan pembukaan kuil berdurasi 20 saat itu tular di media sosial di mana sebuah kren dilihat menabur bunga dari bahagian atas bangunan.

Malangnya, satu objek terjatuh dari atas lalu terkena penganut yang berada di kawasan kuil berkenaan.

Orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Hassbullah Hasan ditalian 013-5555585 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI