fbpx

Wabak hepatitis akut misteri catat 450 kes global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes hepatitis akut misteri menyebabkan Quinn Cunha dari Arizona, AS yang berusia 3 tahun, mendapatkan pemindahan hati sebagai langkah rawatan terakhir. - Stefanie Cunha

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 12 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan hepatitis akut yang dikesan di seluruh dunia, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Kemas kini oleh ketua kesihatan Kesatuan Eropah (EU) pada minggu ini berkata, terdapat 11 mangsa di seluruh dunia meninggal dunia tetapi kematian ke-12 disyaki diumumkan di Ireland kelmarin.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) memaklumkan terdapat 450 kes penyakit hati yang boleh membawa maut itu dilaporkan di seluruh dunia.

Jumlah sebenar diramalkan lebih tinggi kerana Britain kelmarin mengumumkan 13 kes tambahan dengan pakar percaya jangkitan baharu itu hanya di peringkat permulaan.

Lima kematian turut direkodkan di Amerika Syarikat (AS) termasuk angka yang sama disahkan di Indonesia, manakala seorang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat hepatitis akut di Palestin.

Sebanyak 21 negara ketika ini merekodkan jangkitan hepatitis akut yang masih belum diketahui puncanya dalam kalangan kanak-kanak yang kebanyakannya berusia bawah 10 tahun sejak awal April lalu.

Sekurang-kurangnya 26 kanak-kanak memerlukan rawatan pemindahan hati.

Para saintis masih buntu tentang punca kemunculan penyakit misteri  itu tetapi teori utama mereka adalah ia dicetuskan oleh sekumpulan virus yang biasanya menyebabkan selesema biasa.

Virus biasa yang menyebabkan hepatitis termasuk A, B, C, dan E tidak dikesan dalam mana-mana kes yang dilaporkan di seluruh dunia.

Para saintis sedang menyiasat sama ada strain adenovirus yang bermutasi telah berkembang menjadi lebih teruk atau jika kekurangan percampuran sosial semasa pandemik Covid-19 telah melemahkan imuniti kanak-kanak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI