JAKARTA – Seorang pelajar sekolah menengah di Sulawesi Selatan menerima kecaman pengguna media sosial selepas rakamannya menampar teman wanita di dalam sebuah kelas tular, lapor laman Suara.com.
Menerusi muat naik video di laman Instagram @kabarnegeri, remaja lelaki yang berpakaian seragam pengakap itu dirakam sedang berdiri di hadapan seorang pelajar perempuan bertudung.
Mereka berdua dilihat seperti sedang bertengkar sebelum remaja lelaki mengangkat tangan dan menampar kekasihnya.
Menurut maklumat orang ramai, video itu telah diserahkan kepada Polis Pinrang di bawah siasatan berkaitan tindakan kekerasan pelajar bawah umur.
Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata berasa geram dengan perbuatan remaja lelaki tersebut.
“Jika dia menampar anak perempuan saya, memang saya akan menamparnya semula,” komen seorang netizen. – Agensi